Noh Omar
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar (dua kiri) dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tengah) beramah mesra bersama calon MCA yang akan bertanding di parlimen dan dun Negeri Selangor pada Majlis Memperkenalkan Calon Barisan Nasional Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 23 APRIL 2018.

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengumumkan akan meletakkan calonnnya di semua 22 kerusi Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, senarai calon yang diketengahkan BN kepada rakyat Selangor kali ini menampilkan lebih 70 peratus muka baharu di kerusi Parlimen dan DUN pada pilihan raya kali ini.

“Dalam pemilihan calon ini kita lihat ada pelbagai kategori telah pun kita pilih terdiri daripada lapan calon wanita, sembilan calon anak muda.

“Calon kali ini turut menggandingkan antara calon muda dan veteran di mana calon termuda berusia 28 tahun manakala calon veteran pula berusia 66 tahun.

“Daripada 77 calon BN ini, seramai 13 calon dalam kalangan profesional seperti peguam, arkitek, jurutera, 34 calon pula ahli perniagaan, enam orang ahli akademik dan enam lagi penjawat awam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon BN Selangor di bangunan UMNO Selangor, di sini, hari ini.

Noh berkata, turut terpilih mewakili BN Selangor pada PRU14 ini ialah bekas-bekas wakil rakyat yang mana nama mereka digugurkan dalam PRU13 pada Mei 2013 dan kini dinamakan semula bagi memenangkan parti itu.

“Ada juga mantan-mantan wakil rakyat seramai 17 orang di mana 10 orang merupakan penyandang dan tujuh pula nama mereka ini digugurkan pada PRU13 lalu tapi kali ini mereka dicalonkan semula.

“Menariknya pemilihan calon BN Selangor kali ini turut melibatkan dua orang bekas tentera berpangkat mejar,” katanya. – MalaysiaGazette

Berikut adalah senarai calon BN Selangor yang diumumkan di bangunan UMNO Selangor, hari ini:

1) P.092 SABAK BERNAM – DATUK MOHD FASIAH MOHD FAKEH
2) N.01 SG AIR TAWAR – RIZAM ISMAIL
3) N.02 SABAK – SALLEHUDDIN MOHD. ISKAN

4) P.093 SUNGAI BESAR – BUDIMAN MOHD ZOHDI
5) N.03 SG PANJANG – DATUK IMRAN TAMRIN
6) N.04 SEKINCHAN – LEE YEE YUAN

7) P.094 HULU SELANGOR – DATUK P.KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN
8) N.05 HULU BERNAM – DATUK ROSNI SOHAR
9) N.06 KUALA KUBU BAHARU – DATUK WONG KOON MUN
10) N.07 BATANG KALI – DATUK MAT NADZARI AHMAD DAHLAN

11) P.095 TG KARANG – TAN SRI NOH OMAR
12) N.08 SG BURONG – DATUK SAMSUDIN LIAS
13) N.09 PERMATANG – DATUK SULAIMAN ABD RAZAK

14) P.096 KUALA SELANGOR – DATUK SERI DR IRMOHIZAM IBRAHIM
15) N.10 BUKIT MELAWATI – JAKIRAN JACOMAH
16) N.11 IJOK – PARTHIBAN A/L KARUPPIAH
17) N.12 JERAM – ZAHAR AZLAN ARIFFIN

18) P.097 SELAYANG – KANG MENG FUAT
19) N.13 KUANG -DATUK SHUKOR IDRUS
20) N.14 RAWANG – CHAN WUN HOONG
21) N.15 TAMAN TEMPLER – DATUK IR MD NASIR IBRAHIM

22) P.098 GOMBAK – DATUK ABDUL RAHIM PANDAK KAMARUDIN
23) N.16 SUNGAI TUA – DATUK RAWISANDRAN A/L NARAYANAN
24) N.17 GOMBAK SETIA – DATUK MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN
25) N.18 HULU KELANG – ISMAIL AHMAD

26) P.099 AMPANG – LEONG KIM SOON
27) N.19 BUKIT ANTARABANGSA – SALWA YUNUS
28) N.20 LEMBAH JAYA – MUHAMAD NIZAM SHITH

29) P.100 PANDAN – DATUK LEONG KOK WEE
30) N.21 PANDAN INDAH -DATUK MOHD HANIFF KOSLAN
31) N.22 TERATAI – LIEW POK BOON

32) P.101 HULU LANGAT – AZMAN AHMAD
33) N.23 DUSUN TUA – MD ZIN ISA
34) N.24 SEMENYIH – DATUK JOHAN BIN AZIZ

35) P.102 BANGI – DATUK LIEW YUEN KEONG
36) N.25 KAJANG – TEH YEOH MENG
37) N.26 SUNGAI RAMAL – MEJAR (B) ABDUL RAHIM MOHD AMIN
38) N.27 BALAKONG – LIM CHIN WAH

39) P.103 PUCHONG – DATUK ANG CHIN TAT
40) N.28 SERI KEMBANGAN – CHANG TOONG WOH
41) N.29 SERI SERDANG – DATUK MOHAMAD SATIM DIMAN

42) P.104 SUBANG – TAN SEONG LIM
43) N.30 KINRARA – CHIEW KAI HENG
44) N.31 SUBANG JAYA – MEJAR (B) CHONG AH WAT

45) P.105 PETALING JAYA – DATUK CHEW HIAN TAT
46) N.32 SERI SETIA – DATUK YUSOFF HM HANIFF
47) N.33 TAMAN MEDAN – ABDUL MUTALIF ABD RAHIM
48) N.34 BUKIT GASING – CHAI KO THING

49) P.106 DAMANSARA – HO KWOK XHENG
50) N.35 KAMPUNG TUNKU – TAN GIM TUAN
51) N.36 BANDAR UTAMA – CH’NG SOO CHAU
52) N.37 BUKIT LANJAN – SYED ABDUL RAZAK SYED AL SAGOOF

53) P.107 SUNGAI BULOH – PAKAS RAO A/L APPLANAIDOO
54) N.38 PAYA JARAS – DATUK ZEIN ISMA ISMAIL
55) N.39 KOTA DAMANSARA – DATUK HALIMATON SAADIAH BOHAN

56) P.108 SHAH ALAM – DATUK AZHARI SHAARI
57) N.40 KOTA ANGGERIK – JUMAEYAH MASDI
58) N.41 BATU TIGA – DATUK AHMAD MUA’ADZAM SHAH YA’KOP

59) P.109 KAPAR – DATUK MOHANA MUNIANDY RAMAN
60) N.42 MERU – KHAIRUL ANUAR SAIMUN
61) N.43 SEMENTA – SARONI JUDI
62) N.44 SELAT KELANG – KHAIRI HUSSIN

63) P.110 KLANG – CHING EU BOON
64) N.45 BANDAR BARU KLANG – TEOH KAH YEONG
65) N.46 PELABUHAN KLANG – SHEIKH RAJESH SHEIKH AHMAD
66) N.47 PANDAMARAN – TEE HOOI LING

67) P.111 KOTA RAJA – V.GUNALAN A/L VELU
68) N.48 SENTOSA – DATUK SUBRAMANIAM T. RETNAM
69) N.49 SUNGAI KANDIS DATUK KAMARUZZAMAN JOHARI
70) N.50 KOTA KEMUNING – TIEW HOCK HUAT

71) P.112 KUALA LANGAT – SHARIL SUFIAN HAMDAN
72) N.51 SIJANGKANG – DATUK SULAIMAN KARLI
73) N.52 BANTING – NG SIOK HWA
74) N.53 MORIB – ROZANA KAMARULZAMAN

75) P.113 SEPANG – DATUK MARSUM PAING
76) N.54 TANJUNG SEPAT – DATUK DR KARIM MANSOR
77) N.55 DENGKIL – SHAHRUM DATO MOHD SHARIFF
78)  N.56 SUNGAI PELEK – DATUK NG CHOK SIN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast