Pengasas Super Scrub Beauty (SSB), Norain Ngah.

KUALA LUMPUR – Ain Alieya Resources, pengeluar produk lulur cengkih yakin dapat menjual 50,000 unit Super Scrub Beauty (SSB) sebulan sepanjang tahun ini.

 

Pengasasnya, Norain Ngah berkata, keyakinan itu berdasarkan promosi agresif yang dijalankan  sejak awal tahun ini menerusi pengiklanan di papan iklan (billboard), radio, televisyen, suratkhabar dan majalah.

 

Beliau berkata, jualan ketika ini cukup menggalakkan apabila mencecah 30,000 unit sebulan menerusi rangkaian stokis dan ejen seramai 500 orang.

 

“Jualan SSB terus naik mendadak dan tahun ini juga kami menyasarkan jumlah stokis dan ejen akan mencecah 1,000 orang. Kebanyakan mereka ini adalah suri rumah dan mampu menjana pendapatan sampingan lebih RM1,000 sebulan.

 

“Bagi stokis yang aktif, ada yang mendapat pendapatan sehingga RM30,000 sebulan. Pada masa sama, kami masih mengekalkan modal menjadi ejen serendah RM300 sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

 

SSB kini mencatat jualan 30,000 unit sebulan.

SSB merupakan produk herba hasil resipi turun temurun keluarga Norain mengandungi minyak akar kayu, minyak zaitun, rempah ratus, buah manjakani selain cengkih sebagai bahan utama.

Kebaikan produk itu mampu mengecut peranak buat kaum wanita, sekali gus melangsingkan badan namun tetap sesuai dengan untuk kaum lelaki membuang angin dalam badan.

Kanak-kanak yang mengidap asma turut sesuai mengamalkan produk SBB.

Norain berkata, pihaknya kini telah beroperasi di lot kedai sejak sebulan lalu dalam usaha mengembangkan perniagaan pada masa hadapan selepas bermula di rumah sendiri sebelum ini.

SSB mengandungi tumbuhan cengkih sebagai bahan utama.

Jelas beliau, pihaknya juga telah menambah lagi dua mesin kisar baharu menjadi tiga unit dalam meningkatkan pengeluaran gara-gara permintaan yang luar biasa sejak kebelakangan ini.

“Pada masa sama, dalam mempelbagaikan perniagaan, kami juga membuka butik pakaian dan aksesori mampu milik dengan harga semua produk ditawarkan hanya RM10.

“Kami turut merancang untuk memperkenalkan produk kecantikan namun semuanya akan muncul di pasaran bulan Mei ini,” katanya.

Sementara itu, ketika ini, SSB dijual pada harga promosi RM46 berbanding harga asal RM79.

Mereka yang berminat menjadi ejen atau mendapatkan SSB itu, boleh menghubungi talian 011-29272413. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.