Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan bersama Calon Parlimen Sungai Buloh, A.Prakash Rao dan Pengerusi Penyelaras Kemeterian Kesihatan Malaysia, Datuk Hajjah Halimaton Saadiah Haji Bohan bergambar kenangan bersama penerima-penerima bantuan pada Program Kesejahteraan Masyarakat India di Bawah Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India di Giant Kota Damansara, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2018
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan bersama Calon Parlimen Sungai Buloh, A.Prakash Rao dan Pengerusi Penyelaras Kemeterian Kesihatan Malaysia, Datuk Hajjah Halimaton Saadiah Haji Bohan bergambar kenangan bersama penerima-penerima bantuan pada Program Kesejahteraan Masyarakat India di Bawah Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India di Giant Kota Damansara, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia untuk menaikkan kadar bantuan bulanan MyKasih kepada golongan miskin tegas B40 masyarakat India jika terdapat  keperluan berbuat demikian.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan Yayasan MyKasih untuk mempertimbangkan perkara tersebut demi manfaat masyarakat India miskin tegar yang sangat memerlukan bantuan itu.

Katanya, program kesejahteraan masyarakat India Malaysia adalah program pintar yang dimulakan di bawah Sekretariat Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) dengan kerjasama pihak swasta seperti Yayasan MyKasih.

“Ia satu program khusus yang mensasarkan 100,000 individu berpendapatan bawah RM1,500 B40 masyarakat India yang mana akan diberikan sumbangan RM80 sebulan untuk mereka membeli barang keperluan asas keluarga seperti minyak masak, beras, tepung, gula dan garam.

“Sumbangan itu disediakan MyKasih menerusi SEDIC dengan jumlah peruntukan khas sebanyak RM24 juta untuk tempoh tiga bulan ini yang mana setiap penerima akan dikreditkan RM240 dalam MyKad mereka demi barang keperluan asas untuk Mei, Jun dan Julai,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pelancaran program khas itu menyaksikan lebih 500 kaum India dari Lembah Subang serta Kota Damansara hadir menerima bantuan khas itu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan dan calon Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen Sungai Buloh, A. Prakash Rao Appala Naidu.

Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkata, setakat ini seramai 20,000 individu India miskin tegar telah dikenalpasti untuk disalurkan bantuan khas berkenaan dan masih ada ruang untuk 80,000 lagi di seluruh negara.

Ujarnya, beliau memohon kerjasama dan bantuan penerima supaya menyebarkan maklumat ini yang mana mungkin jiran-jiran mereka memerlukan bantuan sedemikian.

bantuan RM80 MyKasih-Sedic
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan diirngi calon Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen Sungai Buloh, A.Prakash Rao dan Pengerusi Penyelaras Kemeterian Kesihatan Malaysia, Datuk Halimaton Saadiah Bohan beramah mesra dengan sebahagian penerima bantuan MyKasih pada Program Kesejahteraan Masyarakat India di Bawah Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India di Giant Kota Damansara, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2018

“Kita anggarkan bantuan RM80 ini cukup, walaubagaimanapun sekiranya ada keperluan kita sedia bekerjasama dengan Yayasan MyKasih untuk melihat kembali bagaimana kita nak meningkatkan kadar itu. Cadangan yang diberikan itu baik dan boleh mempertimbangkan dalam masa terdekat ini,” ujar Kamalanathan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah SEDIC, Mano Verathbathran berkata, penerima bantuan khas itu boleh mendapatkan barang keperluan di pusat membeli-belah Giant dan Econsave yang berada di sekitar kawasan kediaman mereka.

“Dalam tiga bulan ini kita akan melaksanakan ke atas 20,000 individu miskin tegar ini kemudian dalam tahun ini kita akan mengenalpasti yang lain secara serentak dan memberikan bantuan itu secara berperingkat.

“Malah pemilihan kawasan adalah mengikut lokasi perumahan mereka yang berdekatan dengan kedudukan sesebuah pusat membeli belah itu memudahkan pembelian barang keperluan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast