ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri baharu Suka Menanti (selepas persempadan semula) yang sebelum ini dikenali sebagai Bakar Bata.
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad pula diberi kepercayaan untuk mempertahan kerusi lamanya bagi berdepan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Satu pertiga calon DUN dan Parlimen Barisan Nasional di Kedah kali ini adalah muka baharu.
Pengumuman calon dibuat di Dewan Seri Mentaloon di sini. – MalaysiaGazette