FGV
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menafikan tuduhan seorang aktivis yang mengatakan syarikat berkenaan mahu menjual kepentingannya kepada syarikat asing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad menegaskan, tuduhan Mazlan Aliman adalah palsu dan tidak bersandarkan fakta.

“Artikel tersebut adalah palsu dan tiada sebarang tuduhan yang dibuat oleh individu berkenaan bersandarkan fakta yang benar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mazlan yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa kerajaan menjadi orang tengah dalam perbincangan FGV dan tiga syarikat asing yang kononnya berminat untuk membeli kepentingan dalam syarikat perladangan sawit terbesar negara itu.

Aliman yang juga ahli Jawatankuasa Pusat Amanah membuat kenyataan tersebut ketika berucap dalam Jelajah Felda Pekan Ayer Matawang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan malam tadi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast