Pengarah Konsultan Fisioterapi, Harjinder Singh bersalaman bersama atlet pelapis lompat kijang negara, Nik Fariezal Erman Nik Abd. Hadi selepas rawatan fisioterapi di Miracle Physiotherapy, Rehabilitation & Pain Clinic di Lakefields, Sungai Besi. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Miracle Physiotherapy, Rehabilitation & Pain Clinic (Miracle) tampil menaja proses pemulihan lutut atlet olahraga negara, Nik Fariezal Emran Nik Abd Hadi sehingga pulih sepenuhnya menggunakan rawatan terapi laser.

Pengarah Konsultan Fisioterapi Miracle, Harjinder Singh berkata, tajaan kepada atlet lompat kijang itu sebagai tanggungjawab sosial korporat pihaknya memandangkan Nik Fariezal Erman telah bertanding di Sukan SEA ke-29 pada Ogos tahun lalu dalam keadaan kesakitan.

Beliau berharap rawatan terapi laser itu mampu mengembalikan semula pretasi atlet berusia 21 tahun pada tahap sebenar dalam usaha untuk bertanding di kejohanan besar pada masa akan datang.

Pengarah Konsultan Fisioterapi, Harjinder Singh ketika membuat rawatan fisioterapi menggunakan laser ke atas atlet pelapis lompat kijang negara, Nik Fariezal Erman Nik Abd. Hadi di Miracle Physiotherapy, Rehabilitation & Pain Clinic di Lakefields, Sungai Besi. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2018

“Tajaan ini merupakan usaha Miracle dalam membantu bidang sukan terutama di kalangan atlet muda negara yang berdepan masalah kecederaan. Melalui penajaan tersebut, Nik Fariezal akan menjalani proses rawatan untuk memulihkan masalah tendon lututnya yang mengalami bengkak.

“Pada masa sama, kami berasa sangat berbesar hati dan bangga kerana dapat menaja atlet muda yang merupakan sumper inspirasi rakyat Malaysia untuk bertanding pada kejohanan berprestij di rantau Asia Tenggara ini tahun lalu.

“Beliau telah membuktikan impian  mampu menjadi kenyataan jika berusaha bersungguh-sungguh biarpun berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesusahan untuk melayakkan diri Sukan SEA ke-29,” katanya.

Pengarah Konsultan Fisioterapi, Harjinder Singh ketika membuat rawatan fisioterapi ke atas atlet pelapis lompat kijang negara, Nik Fariezal Erman Nik Abd. Hadi di Miracle Physiotherapy, Rehabilitation & Pain Clinic di Lakefields, Sungai Besi. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2018

Harjinder berkata, rawatan terapi laser itu menggunakan mesin yang diimport dari India apabila amat sesuai untuk mereka yang aktif bersukan dan mengalami masalah lutut atau kondisi tubuh badan lain.

Jelas beliau, selain penyembuhan yang cepat, rawatan tersebut juga dapat membantu mengurangkan pembengkakan dan merawat sendi dan tisu lembut pesakit.

Sementara itu, beliau memaklumkan Miracle kini memperkenalkan harga rawatan promosi untuk rawatan terapi laser yang bermula serendah RM50.

Orang ramai yang berminat mencuba atau mengetahui lebih lanjut, mereka boleh menghubungi Miracle yang terletak di Lakefield, Sungai Besi di talian 0390548240 atau Instagram: miracle_physio atau Facebook: miraclephysio. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast