MELAKA – Sebahagian Bilik Gerakan UMNO Parlimen Hang Tuah Jaya musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid, mengesahkan kebakaran tersebut.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.28 pagi dan tiba di bilik gerakan itu di Jalan Bukit Katil berhampiran Sekolah Kebangsaan Dato Demang Husin, tujuh minit kemudian.
“Satu jentera bomba dengan lapan anggota mengambil masa tujuh minit bagi mengawal kebakaran.
“Kira-kira 20 peratus bilik gerakan ini terbakar dan beberapa barangan seperti baju, pendingin hawa, perkakasan
pejabat, perabot, kerusi terbakar.
Punca kebakaran sedang disiasat. – MalaysiaGazette