Home Nasional Empat penjuru di Parlimen Bangi, DUN Kajang

Empat penjuru di Parlimen Bangi, DUN Kajang

Dari kiri: Dennis Wan Jinn Woei, Mohd Shafie Ngah, Rosli Othman, Ong Kian Ming dan Liew Yuen Keong bergambar selepas pengumuman calon Parlimen Bangi di Dewan Demense, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi.
Dari kiri: Dennis Wan Jinn Woei, Mohd Shafie Ngah, Rosli Othman, Ong Kian Ming dan Liew Yuen Keong bergambar selepas pengumuman calon Parlimen Bangi di Dewan Demense, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi.

BANGI – Parlimen Bangi menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila tiada bantahan dilakukan setelah masa untuk berbuat demikian tamat pada pukul 11 pagi.

Barisan Nasoonal meletakkan Liew Yuen Keong untuk menentang penyandangnya dari DAP, Dr. Ong Kian Ming, Mohd Shafie Ngah (Pas) dan Dennis Wan Jinn Woei (Parti Rakyat Malaysia – PRM) di kawasan pengundi berdatar teramai iaitu 178,790 undi.

Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon, Datuk Rosli Othman berkata, proses penamaan calon berjalan lancar untuk semua kerusi dari awal hingga akhir.

“Pada pukul 9.50 pagi selesai semua kita proses dan tidak ada bantahan, semua kita terima,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon Parlimen Bangi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Sungai Ramal dan Balakong di sini hari ini.

Proses penamaan calon bermula dengan calon-calon Pakatan Harapan untuk kerusi Parlimen Bangi, DUN Kajang, Sungai Ramal dan Balakong tiba terlebih dahulu di premis pusat penamaan calon di Dewan Demense, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi kira-kira pukul 8.30 pagi.

Calon-calon BN menyusul kemudian diikuti Pas dan PRM

Bagaimanapun calon BN menyerahkan kertas penamaan calon sebaik sahaja pengumuman diumumkan.

Bagi Dewan Undangan Negeri Kajang, Dennis yang bertanding untuk Parlimen Bangi juga akan bertanding di kawasan ini dengan menjadi pencabar kepada Teh Yeow Meng dari BN, Hee Loy Sian (PKR) dan Zaiton Ahmad (Pas).

Pas pula mempertaruhkan bekas hos rancangan ‘Jentik Hati, Suntik Minda’ terbitan Astro Oasis, Nushi Mahfodz bertanding kerusi DUN Sungai Ramal yang akan ditentang Abdul Rahim Mohd Amin dari BN dan Mazwan Johar (PKR).

Untuk kerusi DUN Balakang, DAP mengekalkan penyandangnya, Ng Tien Chee untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk bertemu Lim Chin Wah (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (Pas) – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.