SEBERANG JAYA – Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.
Menariknya, jika terdahulu, Pas menggunakan segala kekuatan jentera PRU mereka untuk membantu pemimpin ‘dalam kalangan keluarga Anwar Ibrahim’ tetapi kali ini bertindak untuk bersaing bersama-sama.
Selama hampir 25 tahun, Pas telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di kawasan itu yang juga merupakan kubu kuat parti Islam selama ini.
Kerusi Permatang Pauh mula dimenangi oleh PKR sejak tahun 1999 melalui Pilihan Raya Kecil (PRK).
Pas kali terakhir Pas bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1995 dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon BN dan DAP, namun tewas dengan majoriti 23,515 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili BN ketika itu.
Pengumuman yang dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Ali Sebran.
“Saya mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang disahkan bertanding dan tahniah juga kepada semua penyokong yang mematuhi arahan pihak berkuasa serta tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini sepanjang proses penamaan calon berlangsung,” katanya di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini hari ini
Yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh ini ialah calon BN, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, 49 yang akan berdepan dengan Nurul Izzah Anwar, 38, yang merupakan Naib Presiden PKR dan calon PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden, 37, (Ketua Pemuda Dewan PAS Pulau Pinang).
Selain daripada itu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingan di bawah Parlimen Permatang Pauh termasuk DUN Seberang Jaya, DUN Permatang Pasir dan DUN Penanti.
Ketiga-tiga DUN ini juga berdepan dengan persaingan tiga penjuru antara BN, PKR dan Pas.
Bagi DUN Seberang Jaya, calon BN ialah Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin, PKR, Dr Afif Bahardin dan Pas pula, Ahmad Rafie Rashid.
Untuk DUN Permatang Pasir, calonya, BN, Anuar Faisal Yahaya, PKR, Muhamad Faiz Fadzhil dan Pas, Muhammad Faiz Fadzil Yusof.
Kerusi DUN Penanti pula menyaksikan persaingan antara Suhaimi Sabudin dari BN, Dr Norlela Arifin dari PKR dan Fawwaz Mohd Jan dari Pas. – MalaysiaGazette