Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan rasmi diumumkan sah bertanding kawasan P.100 Pandan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.100 Pandan, Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 APRIL 2018.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Ternyata Pakatan Harapan (PH) kali ini ‘bergantung harap’ kepada pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memenangi PRU-14.

Ia dinyatakan oleh Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sendiri dan bekas perdana menteri itu ternyata elemen utama menarik sokongan.

“Kini kita (PH) ada bekas PM dan dia boleh push kita untuk menang kali ini,” ujarnya ketika ditemui selepas penamaan calon Parlimen Pandan di sini hari ini.

Bagaimanapun Wan Azizah mengakui PH adalah underdog tetapi faktor itu juga membuatkan mereka terus bersemangat melawan Barisan Nasional (BN).

“Kami (PH) sepanjang masa jadi underdog tetapi itu membuatkan kami bekerja keras dan kini ramai yang mahu menuntut perubahan,” katanya yang juga Presiden PKR.

Mengenai keyakinan BN untuk kekal berkuasa, Wan Azizah menganggap ia perkara biasa bagi pihak parti pemerintah.

Wan Azizah menjadi calon PH bagi Parlimen Pandan dan kerusi yang sama ditandingi oleh calon BN, Datuk Leong Kok Wee; calon Pas, Sukri Omar; calon Parti Rakyat Malaysia, Janice Lee dan calon bebas, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast