Ceramah mega pakatan harapan di Padang Kota, Pulau Pinang oleh Nurul Izzah yang hanya menarik perhatian pengundi CIna.
Ceramah mega pakatan harapan di Padang Kota, Pulau Pinang oleh Nurul Izzah yang hanya menarik perhatian pengundi CIna.

GEORGETOWN – Ceramah Mega dengan tema ‘ Pertahankan Pulau Pinang, Selamatkan Malaysia’ anjuran kerajaan negeri DAP sebenarnya hanya mendapat sambutan daripada masyarakat Cina berbanding dengan kaum lain.

Malah walaupun lokasi Padang Kota yang mampu memuatkan hampir 50,000 kini hanya dihadiri kurang dari 5,000 orang.

Sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-13, lokasi yang sama pernah digunakan bagi ceramah mega seperti ini dan pernah di banjiri hampir 50,000 rakyat Pulau Pinang.

Bagaimanapun, awal-awal lagi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap calon P044, Permatang Pauh, Nurul Izzah sudah memberi bayangan kononnya media pro kerajaan akan memanipulasi jumlah kehadiran.

“Sudah tentu TV3 akan terus kata jumlah kehadiran hanya 500 orang. Itu memang cara mereka. Tapi anda juga tahu kebenaran.

“Ini cara mereka manipulasi pelbagai perkara. Kerajaan Barisan Nasional (BN) UMNO akan berterusan manipulasi dan menyebarkan fitnah tohmahan selama-lamanya.

“Tetapi anda jangan goyah. Yang penting, jangan beri alasan kononnya PRU diadakan pada hari bekerja maka tidak perlu keluar mengundi. Tolong rakyat Pulau Pinang, apa yang anda lakukan ini adalah penting untuk masa depan anak-anak kita pada masa hadapan,” ujarnya.

Nurul Izzah juga ‘bijak’ apabila fasih menggunakan bahasa Cina untuk memenangi hati pengundi ini yang begitu teruja sambil bertepuk tangan.

Dengan intonasi dan ucapan berapi-api oleh Nurul Izzah sebenarnya juga menyebabkan pengundi Cina ini juga teruja dan secara terbuka menyatakan rasa benci terhadap kerajaan BN.

Selang beberapa kali beliau menyelitkan bahasa Cina sehingga menyebabkan rata-rata yang hadir bangun tepuk tangan sambil menyumpah seranah BN.

Selain daripada itu, sebuah tabung dibawa ke hulu hilir dengan memohon orang ramai untuk menderma walaupun Ketua Menteri, Lim Guan Eng seringkali mendabik dada kerajaanya mampu telah membawa keuntungan luar biasa daripada kerajaan terdahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. nasib lah kalau manusia sanggup hidup susah dibawah pemerintah rasuah . kita bolih hidup macam sekumpulan ikan2 kecil ditengah lautan. yang kena telan redha lah yang hidup masih diteruskan untok giliran dimasa depan .

Comments are closed.