Home Dunia Perpustakaan gempar bau durian disangka kebocoran gas

Perpustakaan gempar bau durian disangka kebocoran gas

MELBOURNE – Beratus-ratus orang berlari keluar dari sebuah perpustakaan di sini selepas terbau gas yang dipercayai bocor.

Pasukan boma dipanggil ke kampus universiti Institut Teknologi Diraja Melbourne di Latrobe Street selepas orang ramai terhidu bau gas.

Kira-kira 500 penuntut dan pensyarah diselamatkan oleh polis dan jabatan bomba pula menggunakan pengesan untuk mengesan bau yang dipercayai dari sumber kimia.

Bomba akhirnya mengesan bau busuk itu daripada buah durian yang ditinggalkan di dalam almari.

“Selepas pencarian yang komprehensif, anggota bomba mengesan bau itu bukan gas kimia, tetapi gas yang dihasilkan daripada buah durian yang busuk yang telah dibiarkan rosak di dalam almari,” kata Bomba Metropolitan.

Bau buah itu telah meresap ke dalam sistem penghawa dingin bangunan itu, tambahnya.

Berikutan penemuan itu, anggota bomba telah membuka semula bangunan akademik itu.

Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar pula diarah untuk membersihkan almari yang menyimpan durian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast