Home Nasional BN lancar aplikasi ‘Hebatkan Negaraku’

BN lancar aplikasi ‘Hebatkan Negaraku’

KUALA LUMPUR – Dalam menghadapi PRU-14, Barisan Nasional (BN) terus menggunakan teknologi canggih sebagai medium untuk mendekati rakyat menerusi sebuah aplikasi.

Dinamakan ‘Hebatkan Negaraku’ aplikasi tersebut dilancarkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata aplikasi tersebut merupakan salah satu langkah untuk kerajaan menyampaikan agenda bagi tempoh lima tahun dari sekarang.

“Ini revolusi Industri 4.0 ditambah lagi dengan era digital BN ambil pendekatan sebagai wadah penyampaian agenda kerajaan untuk lima tahun mendatang bagi meraikan PRU ini,” katanya ketika berucap di perkarangan bangunan Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ialah Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Tambah Tengku Adnan, aplikasi berkenaan akan digunakan untuk pengundi mengenali calon mengikut kawasan yang diwakili ditambah dengan penggunaan teknologi Augmented Reality (AR).

Menariknya aplikasi ini menurut beliau lagi rakyat boleh melihat sambil mendengar suara Perdana Menteri memerusi bentuk hologram.

“Ini dapat memudahkan pegundi mengenali calon BN mengikut parlimen masing-masing sebab calon bekerja untuk rakyat.

“Penyampaian isu semasa oleh Perdana Menteri juga dapat dilihat dan didengar dalam bentuk hologram termasuk wakil rakyat,” ujarnya.

Aplikasi ‘Hebatkan Negaraku’ ini boleh dimuat naik di Google Play Store dan Apple App Store.

Pada akhirnya beliau menyifatkan aplikasi yang sama mempunyai kaitan dengan cara untuk terus melonjakkan idea Transformasi Negara (TN50) dalam negara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast