Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) diiringi Calon Barisan Nasional P.116 Wangsa Maju, Yew Teong Look (tiga kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah (dua kanan) bergambar kenangan bersama pengundi dan jentera BN pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi dan Jentera P.116 Wangsa Maju sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) optimis kekalahan di Parlimen Wangsa Maju pada beberapa kali pilihan raya yang lalu bersifat sementara.

Mengakui parti itu sudah ‘letih’ kalah di Wangsa Maju namun begitu Datuk Seri Najib Razak yakin pada PRU-14 ini BN akan menuai kejayaan dan merampas kembali kerusi yang disandang oleh PKR sebelum ini.

“Lepas malam ini apa kita nak buat, kita mesti perang bila kita perang dan kita mesti menang.

“Sudah letih Wangsa Maju ini kalah (dari) dahulu tapi sementara sahaja kali ini.. muafakat BN saya nak kita bersemangat,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia malam tadi.

Turut hadir calon BN Parlimen Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd. Shafei Abdullah dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Najib turut berseloroh menyindir calon Pakatan Harapan, Datin Dr. Tan Yee Kew yang hampir tidak boleh bertanding apabila terlupa membawa kad pengenalan semasa penamaan calon seolah-olah tanda pembangkang tidak mampu menjaga kepentingan rakyat.

“Kita sudah letih dengan pembangkang, kita sudah serik dengan pembangkang, satu penggal lepas itu lari kalau tak lari kena gugur, pilih orang yang lupa IC hampir-hampir tak layak bertanding.

“Sebab itulah kita tidak boleh gadaikan masa depan kita cuma BN sahaja yang boleh menubuhkan kerajaan yang meyakinkan,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast