Home Dunia 27 jemaah maut dibom dalam masjid

27 jemaah maut dibom dalam masjid

NIGERIA – Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan 56 lagi cedera dalam insiden pengebom berani mati di bandar Mubi

Kejadian itu berlaku di dalam dan sekitar masjid semasa para jemaah sedang bersiap-sedia untuk menunaikan solat.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu tetapi kumpulan pengganas Boko Haram telah melancarkan beberapa siri serangan di Mubi.

Boko haram telah melancarkan kempen keganasan sejak 2009 dalam usaha untuk mewujudkan negara Islam di utara Nigeria.

Keganasan itu telah mengakibatkan kira-kira 20,000 orang terbunuh dan menyebabkan lebih dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal. – MalaysiaGazette