NEW YORK – Apple Inc merekodkan penjualan iPhone yang kukuh meskipun menghadapi penyusutan permintaan global dengan syarikat tersebut berjanji akan membeli semula tambahan saham bernilai AS$100 bilion dan memberi jaminan kepada pelabur bahawa pencipta telefon pintar berusia sedekad itu masih mempunyai hayat yang panjang.
Keputusan suku tahunan Apple mengatasi ramalan Wall Street dengan jualan iPhone meningkat kepada 52.2 juta berbanding 50.7 juta tahun lepas.
Apple telah membeli saham berjumlah AS$23.5 bilion pada suku pertama dan ia merancang meningkatkan dividen kepada 16 peratus berbanding 10.5 peratus tahun lepas.
Penganalisis percaya, pembelian semula itu akan merangsang harga saham namun terdapat sesetengah pelabur yang mengharapkan Apple menemui cara lain untuk menggunakan wang tunainya.
“Saya mengharapkan lebih banyak dividen diberikan atau mereka melakukan lebih banyak pelaburan strategik,” kata Capital Investment Counsel, Hal Eddins yang merupakan ketua pakar ekonomi pemegang saham Apple.
Tambahnya, pembelian semula saham bernilai AS$100 bilion itu adalah bagus pada masa ini bagaimanapun bukanlah langkah terbaik pada masa hadapan. – Agensi