Manifesto BN untuk Sabah menjelang PRU-14.
Manifesto Sabah

KUALA LUMPUR – Manifesto Sabah daripada Barisan Nasional (BN) yang baru dilancarkan adalah kesinambungan kepada usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat selain memastikan pembangunan dilaksanakan secara konsisten.

Penganalisis Politik, Dr. Lee Kuok Tiung berkata, BN tidak memberi tumpuan kepada satu aspek sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelbagai bidang daripada peluang pekerjaan yang akan ditambah sehingga aspek keselamatan dengan melengkapkan ketenteraan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Kesinambungan daripada komitmen BN memacukan pembangunan negara serta menaiktaraf sosio ekonomi mesyarakat Sabah.

“Di situ kita boleh lihat aspek keselamatan juga diberi perhatian, kesaksamaan gender khususnya peluang yang lebih luas untuk wanita dan peluang-peluang ekonomi yang baharu seperti sektor pelancongan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

BN Sabah juga berhasrat menubuhkan unit khas di Jabatan Ketua Menteri yang berfungsi menyelaraskan hal yang melibatkan agama bukan Islam.

Usahawan-usahawan di negeri bawah bayu itu juga akan mendapat peruntukan khas daripada kerajaan yang memerintah selain menyelaraskan harga barangan di negeri itu dengan Sarawak dan Semenanjung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast