KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny boleh mengucapkan selamat tinggal untuk kempen Piala Dunia tahun ini selepas dia mengalami kecederaan serius pada separuh akhir kedua Liga Europa di tangan Atletico Madrid awal pagi tadi.
Pemain bek tengah itu terpaksa diusung keluar selepas 12 minit beraksi pada perlawanan di Wanda Metropolitano yang menyaksikan Arsenal gagal ke perlawanan akhir.
Pengendali Arsene Wenger mengesahkan pemain antarabangsa Perancis di bakal berdepan rehat yang panjang.
“Berita tidak baik kerana seperti Achilles. Petanda awal kelihatan tidak bagus dan kita mengharapkan kejaiban imbasa selepas ini.
“Ia mungkin putus tetapi tidak ada sesiapa boleh memastikan hanya dengan melihatnya. Jika putus, peluangnya (untuk Piala Dunia) tertutup ,” kata Wenger.
Kecederaan itu memberi tamparan hebat buat pengendali Perancis Didier Deschamps, dengan skuad kendaliannya akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Australian di Kazan pada 16 Jun.
Koscielny telah beraksi sebanyak 52 kali untuk Perancis sejak penampilan pertamanya pada 2011 dan sering mendapat kepercayaan Deschamps untuk mengisi kesebelasan utama. – MalaysiaGazette