Sufian Suhaimi sedang popular dengan single terbaharu, Di Matamu.
Sufian Suhaimi

KUALA LUMPUR – Lebih 20 juta penonton menonton video single Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi tidak sampai dua bulan dikeluarkan.

Lebih istimewa itu, kejayaan luar biasa itu disambut sempena genap usia 26 tahun jejaka itu semalam.

Di Matamu menjadi lagu ‘berhantu’ selepas Sufian putus tunang dengan aktres, Elfira Loy pada Februari lalu.

Pasangan Elfira dan Sufian mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya bernikah pada Mac depan lalu.

Sehingga hari ini, semakan di YouTube mendapati, single Di Matamu yang turut dinyanyikan artis lain, sudah ditonton lebih 20 juta kali.

Apapun, single keempat itu memberi impak  sangat besar lantas mengukuhkan nama Sufian dalam dunia seni suara.

Single yang dikatakan berkisar kisah putus cinta Sufian itu, dicipta Sirkhan dan Rinkarnaen.

Sebelum ini, Sufian tampil dengan single Terakhir, Terasa Ada serta Harus Aku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast