Diego Costa muncul wira Atletico Madrid apabila menyumbat satu gol tunggal dalam perlawanan di Stadium Wanda Metropolitano pagi tadi. Foto Talksport
Diego Costa muncul wira Atletico Madrid apabila menyumbat satu gol tunggal dalam perlawanan di Stadium Wanda Metropolitano pagi tadi. Foto Talksport

MADRID – Hasrat Arsene Wenger untuk menamatkan karier bersama Arsenal dengan menjulang piala Liga Europa tidak kesampaian apabila tewas 0-1 pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Atletico Madrid, pagi tadi.

Diego Costa muncul wira tuan rumah apabila menyumbat gol tunggal dalam perlawanan di Stadium Wanda Metropolitano, sekaligus mencatatkan agregat 2-1 dan menempah tempat ke final.

Arsenal cuba bangkit selepas kehilangan Laurent Koscielny pada awal perlawanan kerana dipercayai cedera pergelangan kaki.

Bagaimanapun, Arsenal berjuang dengan sehabis daya untuk menyamakan kutipan gol walaupun memulakan perlawanan dengan cantik.

Atletico yang belum berjaya menjaringkan sebarang gol di Estadio Metropolitano sejak Januari disifatkan berada jauh daripada prestasi terbaik mereka.

Atletico akan bertemu Marseille di Lyon pada 16 Mei dalam pertandingan akhir Liga Europa yang merupakan kali kelima buat mereka, dalam sembilan musim yang terakhir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast