Gary Neville mencadangkan tempoh Jose Mourinho berada di Old Trafford sepatutnya sudah berakhir.
Gary Neville mencadangkan tempoh Jose Mourinho berada di Old Trafford sepatutnya sudah berakhir.

MANCHESTER – Gary Neville secara terbuka mengkritik Jose Mourinho dan berpendapat tempohnya di Old Trafford sudah berakhir.

Bekas pemain pertahanan kiri Manchester United itu berkata demikian selepas skuad Mourinho tewas 1-0 kepada Brighton semalam.

Pada perlawanan tersebut, sebanyak enam pertukaran dibuat pengendali Portugis itu yang turut menyaksikan penjaga gol David de Gea terpaksa bekerja keras menyelamatkan serangan tuan rumah.

Neville turut yakin beberapa pemain utama dalam skuad itu sudah berhenti bermain untuk pengurus mereka.

“Kepercayaan yang dimahukan daripada pemain sudah hilang. Saya cuba mencari perkataan terbaik untuk menggambarkan prestasi mereka.

“Ia adalah sedih dan teruk dan lebih mengejutkan apabila ia berlaku sejak minit pertama hingga akhir.

“Saya tidak pernah terfikir mereka akan kembali kepada babak kedua dengan aksi yang sama tetapi itu yang berlaku.

“Sebaliknya Brighton tampil lebih cemerlang sepanjang 20 babak kedua bermula,” ujar Neville.

Bekas pemain pertahanan itu mendakwa ia boleh membuatkan Mourinho dipecat tetapi mengakui keputusan itu tidak realistik.

“Apabila anda tidak mendapat mesej daripada pemain, sama ada pengurus atau pemain yang kena pergi.

“Buat masa sekarang, United tidak akan hilang Mourinho, jadi dia akan melakukan perubahan di bilik persalinan,” ujar Neville. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast