Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berucap pada Karnival Rakyat Sejahtera & Majlis Pelancaran Program Transformasi Sosial (PTS) di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 06 MEI 2018.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berucap pada Karnival Rakyat Sejahtera & Majlis Pelancaran Program Transformasi Sosial (PTS) di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 06 MEI 2018.

SUBANG –  DAP didesak menyaman ahli seumur hidupnya, Amran Ahmad, yang membuat pendedahan tentang rancangan  fitnah dan propaganda parti itu terhadap kerajaan dan pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana dakwaan tersebut mengesahkan tentang sifat parti itu yang bukan sahaja perkauman malah dengan niat sengaja mencetuskan isu untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

“DAP sebar propaganda jahat ini orang UMNO ke cakap atau orang BN ke cakap? Ini orang DAP yang cakap menyebarkan fitnah terancang katanya. Kalau tak betul samanlah budak ni  (Amran Ahman),” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Program Transformasi Sosial (PTS) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang I. 

Pengakuan itu tambahnya, menjadikan seruan BN selama ini untuk rakyat Malaysia tidak sewenangnya mempercayai dakyah DAP adalah langkah tepat dan benar. 

“Nampaknya hari ini segala apa yang kita beritahu kepada rakyat bahawa jangan percaya kepada propaganda fitnah daripada DAP menjadi kenyataan,” katanya.

Semalam Amran yang terlibat dalam Biro Publisiti di ibu pejabat DAP mendedahkan salah laku perti itu menuju PIlihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – MaaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast