Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Datuk N. Rawisandran optimis dengan kekuatan jentera parti merampas kerusi tersebut daripada PKR pada PRU-14 ini.
Kegagalannya pada PRU-13 lalu bukan bermakna BN lemah sebaliknya hanya kerana dirinya merupakan calon muka baharu yang masih belum dikenali sebelum itu.