KUALA LUMPUR- Tan Chong Motor Holdings Berhad (Tan Chong) merancang untuk membina hab automotif bernilai RM500 juta di atas tanah seluas 338 ekar di Bagan Datuk, Perak.
Hab tersebut akan membantu pertumbuhan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
“Ia bukan sahaja sebuah hab automotif tetapi satu pelan perniagaan strategik yang menunjukkan komitmen Kumpulan Tan Chong ke arah perindustrian dan pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Tan Chong, pelaburan tersebut akan membuka peluang pekerjaan baharu serta merangsang pertumbuhan pelaburan dan ekonomi di Bagan Datuk.
Kumpulan tersebut merancang untuk membuat pelaburan awal sebanyak RM100 juta bagi pengambilan alih tanah serta pembinaan kilang bas dan trak dalam fasa 1 pembangunan tersebut.-MalaysiaGazette