Ribery yang bakal berusia 36 tahun sebaik kontraknya tamat telah menjaringkan lima gol dalam 19 penampilannya musim ini.
Ribery yang bakal berusia 36 tahun sebaik kontraknya tamat telah menjaringkan lima gol dalam 19 penampilannya musim ini.

MUNICH – Pemain sayap Perancis, Franck Ribery telah menandatangani kontrak lanjutan selama setahun untuk kekal di Bayern Munich sehingga 2019.

Pemain yang berusia 35 tahun itu mengesahkan berita tersebut di laman sosial Twitter miliknya.

“Saya gembira kerana dapat bermain setahun lagi di kelab yang hebat ini.

“Munich sudah lama menjadi rumah saya dan keluarga, jadi saya berbangga dapat bermain dengan jersi FC Bayern musim depan,” kata Ribery.

Ribery menyertai Bayern sejak 2007 dan menjaringkan 80 gol dalam 247 penampilan Bundesliga dan menjuarai gelaran liga Jerman sebanyak lapan kali.

Biarpun mengalami kecederaan lutut pada Oktober yang menyebabkannya tidak beraksi sebanyak 10 perlawanan, Ribery yang bakal berusia 36 tahun sebaik kontraknya tamat, menjaringkan lima gol dalam 19 penampilannya musim ini.

Dia menjadi nadi pasukan ketika Bayern menjulang trebel Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara pada 2013, menyumbang 11 gol dan membantu 23 jaringan dalam 43 perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast