LONDON – Bintang Chelsea, Alvaro Morata dilaporkan akan menyertai Juventus penghujung musim ini.
Bekas pemain Real Madrid itu baru semusim menyertai the Blues tahun lalu.
Namun prestasi pemain itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak begitu meyakinkan kelab tersebut.
Kini laporan terbaharu mendakwa Morata telah bersetuju untuk mengikat kontrak kelab Serie A, Juventus untuk beraksi musim depan.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu berpotensi berpindah ke Turin selepas gagal membawa impak di Stamford Bridge.
Morata menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan £60 juta dari Real Madrid.
Namun dia sekadar menjaringkan 15 gol dalam 45 penampilan di bawah pengurusan Antonio Conte.
Juventus dikatakan mendahului kelab-kelab Eropah yang lain untuk memuktamadkan perkhidmatan Morata. – MalaysiaGazette