Dr Baharuddin Aziz
Penganalisis Politik Serantau, Dr Baharuddin Aziz

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka tewas dalam pertandingan merebut kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) esok.

Penganalisis politik, Dr. Baharuddin Aziz berkata, punca kekalahan itu ada hubung kait dengan faktor umur Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang dikategorikan sebagai sudah warga emas dan tidak mampu mewakili suara rakyat di pulau peranginan itu.

Malah, calon PH itu tidak mungkin mampu mempermudahkan urusan dan peraturan perniagaan bebas cukai di pulau tersebut, katanya.

“Golongan muda dan belia pula inginkan orang muda menjadi wakil rakyat mereka kerana Mahathir dianggap terlalu tua untuk memegang jawatan sebagai wakil rakyat di Pulau Langkawi.

“Beliau dilihat oleh golongan berumur atau veteran di Langkawi hanya untuk menjaga kepentingan kroni.

“Golongan ini, walaupun mengesahkan Mahathir telah banyak berjasa terhadap pembangunan pulau tersebut, tetapi mereka tidak mahu berpegang kepada unsur sentimental untuk memilih wakil rakyat mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Baharuddin berkata, berbanding dengan inisiatif yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila mahu memacu sektor pelancongan khasnya kepada segenap lapisan masyarakat di pulau langkawi dan membawa pulau itu ke tahap yang lebih maju dan dinamik dalam masa sedekad yang akan datang.

Ujarnya, beliau berani berkata demikian selepas mendapat reaksi daripada Persatuan Peniaga-Peniaga Kaum Tionghua Langkawi apabila mahu kerajaan Pusat berganding dengan kerajaan negeri untuk membangun dan merancakkan sektor pelancongan dan perniagaan di Langkawi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast