Foto Instagram Shasha Saidin.
Foto Instagram Shasha Saidin.

KUALA LUMPUR – Bekas kumpulan Elite, Sasha Saidin melahirkan rasa sebak sebak ketika dia sedang beratur sementara menunggu giliran untuk mengundi, pagi ini.

Ini kerana jelas kakak Zain Saidin itu dapat melihat semangat patriotisme rakyat Malaysia khususnya penduduk sekitar Bukit Antarabangsa, Ampang.

Menurutnya, kebanjiran orang ramai sejak awal pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membuktikan kesedaran rakyat menunaikan kewajipan kepada negara.

“Tak pernah lihat Bukit Antarabangsa begini, lihat barisan di belakang ini.

“Saya tidak dapat menahan emosi, saya sungguh bangga dengan Malaysia dan anda semua sangat hebat,” katanya dalam video di Instagram. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast