Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.
Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.

SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, bagi memohon perkenan untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu memasuki Istana Bukit Kayangan di sini, pada jam 11.50 pagi dengan menaiki kereta Toyota Camry hitam dan keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Mohamed Azmin yang sempat disapa oleh pemberita, memberitahu, beliau akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

“Saya akan keluarkan kenyataan kemudian,” katanya yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), semalam.

Dalam pertandingan lima penjuru di kerusi DUN itu, beliau mendapat 30,892 undi, manakala lawannya, calon BN Salwa Yunus (5,380), calon Pas Sharifah Haslizah Syed Ariffin (2,311), calon PRM Ahmad Kamarudin (116) dan adiknya, calon Bebas Azwan Ali (90).

Mohamed Azmin yang memegang jawatan Menteri Besar Selangor pada 2014 turut berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 48,721 undi selepas menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan calon Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast