Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis menasihati masyarakat agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnnya wujud kacau bilau di dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata buat masa ini situasi keselamatan kekal tenang dan terkawal.

“Dalam masa yang sama juga, penyokog-penyokong parti politik dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perarakan sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“PDRM akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden atau provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Tambah beliau seperi mana sedia maklum keputusan Rasmi Pilihan Raya UMum ke-14 peringkat Parlimen masih lagi belum diumumkan dalam tempoh ini.

“Dalam hal berkaitan jangan terpengaruh dengan khabar angin kononnya berlaku kacau bilau,” ujarnya.

Jelas beliau PDRM akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden atau provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat. – MalaysiaGazette