Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Shaiful Hazizy Zainol Abidin

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak diminta melepaskan jawatannya bagi menyelamatkan parti tersebut.

Ketuanya Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu bagi kelangsungan parti dan memberi peluang kepada pemimpin muda mengetuai.

“Pemuda UMNO Kedah konsisten mempertahankan presiden sebelum ini, namun demi kelangsungan parti pada masa hadapan kita mendesak supaya Datuk Seri Najib berjiwa besar mengosongkan jawatan beliau demi memberi laluan kepada kepimpinan yang lebih muda dan berupaya.

“Sudah nyata bahawa beliau (Najib) gagal mentadbir dan mempertahankan kuasa yang sudah kita pegang selama 60 tahun yang lalu,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, sayap parti di Kedah itu menggesa agar transisi kuasa dalam parti itu dilakukan dengan kadar segera.

“Kita tidak sanggup lagi menanggung liabiliti peribadi ini. Parti harus bingkas bangun dan melaksanakan transformasi menyeluruh.

“Harus diingat rakyat sudah menghakimi kita, sudah tentunya kita perlu muhasabah diri dan bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan kejatuhan BN selepas 60 tahun berjaya menjadi Kerajaan Persekutuan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast