Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melambaikan tangan pada Sidang Media Khas selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 10 MEI 2018

PETALING JAYA –  Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden hari ini  bagi membincangkan barisan kabinet yang akan ditubuhkan oleh kerajaan baharu itu.

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad, kabinet yang ditubuhkan perlulah seimbang berdasarkan komposisi rakan komponen dalam gabungan parti itu. 

“Esok, (Jumaat) akan ada mesyuarat Majlis Presiden untuk bincangkan penubuhan kabinet saya perlu buat keputusan jumlah barisan kabinet saya berdasarkan komposisi parti dalam gabungan kami,” katanya ketika sidang medianya yang pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang Ke-7 malam tadi.

Mahathir dalam pada itu berkata, walaupun gabungan tersebut lahir daripada  pebagai latar belakang  namun kesemua mereka akan bekerjasama untuk memastikan manifesto yang dijanjikan ditunaikan. -MalaysiaGazette