KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersetuju dengan pendapat ahli dan rakyat bahawa UMNO memerlukan kepimpinan baru.
Bagaimanapun Naib Presiden UMNO itu berkata, ia harus dilakukan dengan tertib supaya parti itu boleh dikembalikan dengan maruah dan prinsip yang dijunjung.
“Kepada ahli UMNO yang dicintai, jangan bertindak dengan emosi. Kita lakukan ini demi masa hadapan dan kesatuan kita.
“Perkara ini telah pun saya sampaikan kepada setiap pucuk pimpinan termasuk sayap-sayap di dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, beliau menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya perkara ini dapat dilaksanakan sengan segera.
“Percayalah, saya akan lakukan yang terbaik demi parti dan negara yang tercinta. Semoga Allah SWT memelihara UMNO,” katanya. – MalaysiaGazette