Wilfred Zaha. Foto The Independent.
Wilfred Zaha. Foto The Independent.

LONDON – Pemain sayap Crystal Palace, Wilfred Zaha dilaporkan menjadi buruan juara Liga Perdana Inggeris musim ini, Manchester City dengan nilai  £50 juta (RM267.57 juta).

Zaha merupakan tonggak penting Palace yang membawa pasukannya keluar daripada krisis prestasi pada awal musim.

Kelab itu berjaya menyelamatkan diri daripada ter­singkir ke saingan Liga Kejua­raan musim depan.

Zaha berjaya men­jaringkan lapan gol serta mencipta tiga umpanan gol dalam 28 penampilannya.

Selain City, Tottenham Hotspur, Liverpool dan Chelsea juga sudah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Ivory Coast itu tetapi City berharap mereka mampu me­nyambar khidmat Zaha lebih awal.

Kelincahan dan kepantasan Zaha dilihat menjadi faktor utama mengapa Pep Guardiola begitu berminat untuk membawanya ke Etihad bagi memastikan mereka mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England musim depan.

Zaha gagal mempamerkan aksi terbaik pada awal musim menyebabkan dia digugurkan sebanyak tujuh perlawanan.
Nasibnya ber­ubah selepas Roy Hodgson mengambil alih pasukan tersebut dan menjadi tonggak penting mem­bawa Pala­ce keluar dari zon penying­kiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast