Salah kini memegang rekod gol terbanyak dalam 38 kempen perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris.
Salah kini memegang rekod gol terbanyak dalam 38 kempen perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris.

LONDON – Penyerang prolifik Liverpol, Mohamed Salah dianugerahkan Kasut Emas dalam Liga Perdana Inggeris dengan jumlah 32 gol sekali gus menghampakan pesaingnya Harry Kane yang telah menjaringkan sebanyak 30 gol.

Tidak lama selepas merangkul anugerah itu, Salah memuat naik posting yang menarik perhatian lebih 5.56 juta pengikutnya di Twitter.

Salah menulis: “Golden Boot? Come here to daddy (Kasut Emas? Mari kepadaku).”

Posting itu tular sehingga menerima lebih 144,000 tanda suka (likes) dan mendapat 41,750 ulang kicau (retweet).

Sepanjang beberapa minggu yang lalu, pemain berusia 25 tahun itu telah memenangi pelbagai anugerah individu, dari Pemain Terbaik PFA ke Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris.

Malam tadi, Liverpool menamatkan kempen EPL dengan kemenangan selesa 4-0 di laman sendiri dalam perlawanan menentang Brighton & Hove Albion

Selepas Chelsea tewas 3-0, ia memberikan hadiah gembira buat penyokong Liverpool terutamanya apabila Salah membuka perlawanan dengan jaringan pada mini t ke-26.

Gol penyudah pemain kelahiran Mesir itu adalah jaringan ke-32 liga olehnya pada musim ini, ia bermakna Salah kini memegang rekod gol terbanyak dalam 38 kempen perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast