Ederson Man City
Ederson dilanjutkan kontrak selama 7 tahun sehingga 2025.

ENGLAND – Ederson Santana de Moraes mempersetujui kontrak tujuh tahun bersama Manchester City.

Penjaga gol muda Brazil itu mengharungi musim luar biasa dalam Liga Perdana Inggeris sehingga menjulang piala musim ini.

Ederson dibeli dengan nilai £34.9 juta (RM187 juta) pada Jun tahun lalu dari Benfica.

Sebagai menghargai aksi memberangsangkan bersama the Cizitens itu, pemain berusia 24 tahun itu ditawarkan kontrak bertempoh panjang yang tidak pernah diterima mana-mana pemain kelab itu sebelum ini.

Kontrak asal yang dipersetujui pemain itu ialah sehingga 2020.

Kontrak baharu itu akan memastikan Ederson kekal di Etihad sehingga tahun 2025.

Laporan di Portugal juga mencadangkan Ederson hanya menerima gaji mingguan £65,000 (RM349,000) sahaja semasa menyertai kelab England itu.

Kontrak baharu itu memastikan pemain itu bakal menerima gaji sehingga £100,000 (RM537,000) seminggu.

“Saya gembira dengan kontrak baharu oleh kelab terbaik ini.

“Impian saya ialah mahu menjulang kejuaraan Eropah dengan jersi Man City,” katanya.- MalaysiaGazette