Ketua Menteri Melaka yang baharu dijangka mengangkat sumpah jawatan selewat-lewatnya esok, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari.
Adly Zahari.

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka yang baharu, Adly Zahari menafikan dakwaan beliau seorang Syiah.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau menjelaskan tetap berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jelas beliau yang dituduh sebagai pengikut fahaman Syiah, sepatutnya perkara tersebut tidak timbul.

“Saya rasa perkara ini tidak berbangkit kerana saya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak perlu dipanjangkan,” katanya.

Beliau ditemui ketika mengadakan sidang media sempena hari pertama memulakan tugas di pejabatnya di Seri Negeri Ayer Keroh Melaka hari ini.

Isu dakwaan beliau sebagai pengikut berfahaman Syiah ditimbulkan pihak tertentu dan menjadi tular di laman sosial khususnya Facebook selepas dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka ke-11, Jumaat lalu.

Malah, terdapat pihak yang meminta Adly menyatakan fahamannya secara jelas.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast