Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang didakwa lompat parti sudah digugurkan keahlian sebagai ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Perkara itu ditegaskan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan memaklumkan, pengguguran itu adalah secara automatik.
“Mereka bukan lagi ahli UMNO kerana mereka menyokong kerajaan yang bukan di bawah BN. Saya tak mengaku bahawa mereka masih lagi pemimpin UMNO tetapi telah menyokong kerajaan sebelah sana.