PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa berkata tugas utama yang telah diputuskan kerajaan adalah untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau yang dipanggil untuk bermesyuarat dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad har ini ini berkata ia antara keutamaan yang akan digerakkan oleh semua kementerian bagi memastikan 10 janji yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH)dapat ditunaikan dalam masa 100 hari.
“Janji itu telah digerakkan, perkara pertama adalah dalam pemansuhan GST yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, dan pegawai tengah mengkaji 10 janji yang ditawarkan oleh kerajaan dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya selepas selesai bertemu Tun Dr. Mahathir hari ini. -MalaysiaGazette