KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Menerusi video yang dimuatnaik Nabila menerusi akaun Instagramnya semalam, kakak kepada Neelofa terharu dengan berita yang diterimanya bersempena Hari Ibu yang diraikan minggu ini.
“Untuk raja kecilku di hari ibu. Ibu mahu menguncapkan terima kasih kepadamu kerana membawa makna baru dalam kehidupan ibu.
“Ibu mahu berterima kasih kepada setiap tendangan darimu dan terima kasih kerana menjadi perkara yang paling indah.
“Pada hari yang istimewa ini, engkau telah memberikanku hadiah yang paling baik, mengetahui engkau akan berada dalam dakapanku dan memanggilku ‘mummy.
“Tak sabar bertemumu…,” katanya.
Nabila selain itu memaklumkan bayi mereka yang kini sudah berusia 22 minggu di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.
Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu.-MalaysiaGazette