Home Dunia Bekas murid lepaskan tembakan di sekolah ditahan

Bekas murid lepaskan tembakan di sekolah ditahan

DIXON- Seorang pegawai polis menembak bekas pelajar Sekolah Tinggi Dixon di Illinois selepas suspek  melepaskan tembakan di dalam premis sekolah berkenaan.

Suspek yang memiliki senjata api didakwa telah melepaskan tembakan.

Bagaimanapun, kesemua pelajar di sekolah tersebut selamat tanpa sebarang kecederaan.

 

Suspek yang cedera selepas berbalas tembakan dengan polis telah dibawa ke hospital.

 

Kejadian itu berlaku kira kira jam 8.00 pagi ketika para pelajar sekolah berkenaan sedang membuat latihan acara tamat pengajian.

Ekoran kejadian itu, sekolah yang terletak di barat Chicago dikuarantinkan selepas suspek ditahan bagi memastikan suspek hanya bertindak bersendirian.

 

Media tempatan berkata, suspek yang dikenal pasti sebagai Matt Milby, adalah bekas pelajar sekolah Illinois.

Pihak berkuasa belum mengetahui motif suspek bertindak demikian, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast