KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa dirinya sebagai sahabat rapat Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dia tidak dibenarkan berjumpa dengan bekas perdana menteri itu di Langgak Duta, Taman Duta 11.30 pagi tadi.
Beliau yang dikenali sebagai Abdul Rahim Abdul Rahman, 65, berkata dia merupakan sahabat atau rakan kenalan rapat politik bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.
Katanya dia datang untuk bertemu dengan Najib dan memberi kata-kata semangat dan sokongan moral kepadanya dalam mengharungi situasi semasa.
“Saya kecewa kerana tidak dibenarkan masuk, kami sekitar 3 hingga 4 orang merupakan sahabat kenalan Najib mahu bertemu beliau tepi dilarang oleh pengawai polis.
“Apa kesalahan dia, adakah dia mencuri wang, kalau betul patut tangkap sekarang, kenapa dilayan (tahan dalam rumah) begini.
“Saya kali terakhir berjumpa dengan Najib ialah sembahyang Jumaat bersama di masjid minggu lalu.Dia seorang yang kuat dan mempunyai prinsip kehidupan yang sangat kuat dengan hati yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi di sini.
Malah katanya dia tidak boleh bersetuju dengan tindakan dan layanan kerajaan Pakatan Harapan dalam negara berdemokrasi sebegini.
Lagipun katanya, beliau berhajat berjumpa Najib atas kapasiti sebagai individu biasa dan bukannya sebagai ahli politik mana-mana parti. – MalaysiaGazette