Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak maklum jika Manifesto Pakatan Harapan sebelum ini menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio tambahan.

Menerusi Twitternya semalam Kit Siang mengaku terkejut dengan kandungan manifesto gabungan parti tersebut.

“Saya akui, saya sendiri terkejut. Selain Perdana Menteri tidak boleh menjadi (FM) Menteri Kewangan, saya tidak sedar manifesto PH turut mencadangkan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang sebarang portfolio lain,” tulisnya.

Lim Kit Siang tidak sedar cadangan manifesto PH sebelum ini mengenai portfolio.

Terdahulu sebuah portal melaporka Ketua Pemuda Gerakan, Tang Keng Liang mengingatkan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengenai janji Pakatan Harapan untuk tidak memegang jawatan dalam kementerian lain.

Semalam Mahathir pada sidang media mengumumkan akan memegang portfolio Kementerian Pelajaran selaku menteri. – MalaysiaGazette