China Construction Bank,Beijing

CHINA- Bank terbesar, China Construction Bank menawarkan pelanggannya untuk makan malam bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan harga AS$150,000 untuk satu tiket.

Perkara tersebut dilaporkan oleh kumpulan kempen pemilihan semula Trump kepada Jabatan Keadilan AS.

Bank China itu menjemput pelanggan cina yang kaya dan sanggup membayar tiket sebanyak A$150,000 bagi makan malam di Dallas pada 31 Mei.

Perkara ini disahkan oleh kakitangan Bank China Construction Bank Corp menerusi siasatan Bloomberg News.

Sementara itu, Trump dijangka menjadi tuan rumah untuk meraih dana sebanyak $50,000 semasa majlis makan malam dengan Jawatankuasa Kebangsaan Republikan di Dallas pada malam itu.

Bagaimanapun, kempen politik di AS tidak dibenarkan untuk menerima sumbangan daripada negara asing atau syarikat korporat.

Pegawai-pegawai kempen Trump dan RNC berkata, merka tidak mengetahui mengenai tawaran tersebut.

“Kempen Donald Trump memaklumkan pejabat Peguam Negara Jeff Sessions mengenai permohonan itu”, kata seseorang yang akrab dengan perkara ini.

Seorang pegawai akhbar di Beijing untuk China Construction Bank tidak “segera” menjawab soalan berkenaan perjanjian semalam.

Pengurus bank kanan tidak menyedari undang- undang.

Jemputan itu telah beredar di China ketika Trump bertemu dengan Presiden China Xi Jinping untuk membincangkan satu resolusi mengenai perselisihan perdagangan yang sedang berlangsung antara ekonomi terbesar di dunia.

” Sino-US ,Ahli perniagaan dan wakil dari ZTE turut dijemput hadir ke Dallas untuk makan malam bersama Trump” kata jemputan itu.

Cawangan bank di Shenzhen kemudiannya mengeluarkan semula jemputan pada hari Khamis bagi menghapuskan rujukan pertikaian perdagangan dan ZTE.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast