Rafah
Sempadan Rafah

KAHERAH – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengarahkan sempadan Rafah yang merentasi Tebing Gaza dibuka kepada semua umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini, katanya dalam laman Twitternya.

Sempadan tersebut merupakan wilayah Palestin yang kebanyakan masa ditutup dan hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja. Ini akan membuatkan dibuka dalam tempoh paling panjang dalam tempoh beberapa tahun.

Menurut Sisi, pembukaan jambatan tersebut akan mengurangkan beban kepada saudara-saudara di Gaza.

Askar-askar Israel telah membunuh belasan rakyat Palestin yang memberontak di sempadan Gaza pada Isnin kerana membantah pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Jerusalem dan sekaligus memindahkan misi diplomatiknya di Israel dari Tel Aviv. – Agensi