PAHOA – Limpahan lava dari gunung berapi Kilauea Hawaii semalam memusnahkan empat lagi rumah di Big Island.
Ia berlaku selepas letusan kedua mengalir hampir dua batu (10,000 kaki) daripada kawah.
Letupan daripada dua retakan besar membentuk saluran tunggal dan mengalir lava sepanjang 1,000 kaki ke bawah dalam tempoh sejam, dua kali ganda berbanding kelajuan aliran lava lama sebelum ini.
Aliran lava itu telah memusnahkan kediaman, jalan raya dan hutan tropika selama lebih dari dua minggu lalu, kata Badan Pertahanan Awam .
Lava baru, yang mengalir ke bawah tanah dari tasik lava yang tenggelam di puncak Kilauea, dijangka mencipta aliran yang lebih besar dan mengalir lebih jauh, mengancam rumah dan jalan raya yang merupakan laluan keluar utama bagi kira-kira 2,000 penduduk.
“Dijangka akan berlaku letusan lava lagi,” kata Kajian Geologikal Amerika Syarikat
Puncak gunung berapi yang terletak kira-kira 25 batu (40 km) ke timur telah menghasilkan letupan besar kedua berlaku sekitar tengah malam. Angin meniup debu-debu dari barat daya kawah, menurut laporan Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii.
Para saintis menjangkakan Kilauea, salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia, mengalami satu siri letusan letupan yang boleh menyebarkan abu dan asap gunung berapi di Big Island, lokasi paling selatan di kepulauan Hawaii.
Itu boleh mendatangkan bahaya kepada enjin pesawat jika ia bertiup di laluan pesawat sekitar 30,000 kaki (9,144 meter).
Tiada kecederaan atau kematian yang dilaporkan sejak letusan terbaru bermula pada 3 Mei.
Setakat ini tidak ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan sejak letusan gunung berapi itu yang bermula pada 3 Mei lalu. – MalaysiaGazette