Kediaman Datuk Ser Najib Razak
Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta jadi tarikan orng ramai selepas pihak polis melakukan serbuan dan rampasan sejak 16 Mei lalu. Foto Nizam Zain
KUALA LUMPUR – Kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini luar biasa sibuknya sejak kebelakangan ini dengan tetamu-tetamu yang bertali arus melawat bekas perdana menteri itu.
Selain kenalan dan keluarga, kawasan kediaman itu turut dikunjungi orang ramai.
Sejak awal pagi ini, sesiapa sahaja yang melalui Jalan Langgak Duta pasti akan berhenti dan memperlahankan kenderaan semata-mata mahu melihat sendiri kediaman Najib.
Sekatan jalan oleh pihak polis dan petugas media yang membanjiri sejak awal pagi menjadi tarikan orang ramai untuk singgah merakam gambar dan berswafoto.
Rumah Datuk Seri Najib Razak
Orang ramai tidak segan silu berswafoto berlatar belakang kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta, Kuala Lumpur. – Foto Nizam Zain
Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melepasi kawalan polis yang berada di kawasan berkenaan.
Pengujung derma makanan minuman
Pengunjung bermurah hati mendermakan makanan dan minuman kepada petugas media dan polis yang bertugas di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. – Foto Nizam Zain

Selain itu, ada juga pengunjung yang bermurah hati membawa bekalan makanan dan minuman untuk diberikan kepada anggota polis dan petugas media . – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast