KUALA LUMPUR – Tokoh perniagaan Malaysia, Robert Kuok, menghadiri mesyuarat pertama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, susulan pelantikan beliau sebagai ahli majlis oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mei.
Kuok, 9, tiba di Ilham Tower di sini pada 10 pagi, dan bertemu ahli CEP yang lain, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican dan Prof Jomo Kwame Sundaram, sebelum mesyuarat bermula.
Ahli majlis itu dijadual bertemu Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
Mereka juga dijadual bertemu para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi. – BERNAMA