Kim Jong-un

WASHINGTON – Rancangan pertemuan antara Presiden Donald Trump dan Kim Jong-un bergantung kepada pemimpin Korea Utara itu, menurut Setiausaha Negara, Mike Pompeo.

Pertemuan itu dijadualkan berlangsung 12 Jun ini di Singapura.

Tetapi Korea Utara mengancam untuk membatalkan pertemuan itu jika Amerika Syarikat menekan untuk menghapuskan senjata nuklear.

Trump berkata, keputusan mengenai pertemuan itu diketahui minggu depan.

Presiden Amerika Syarikat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, Pyongyang mesti memenuhi syarat bagi memastikan pertemuan itu berlangsung dan penghapusan senjata nuklear perlu dilaksanakan.

Pompeo pula memberi amaran bahawa Amerika Syarikat bersedia untuk ‘angkat kaki’ daripada rundingan itu kerana  ‘perbincangan yang tidak memihak’ bukan satu pilihan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast