Datuk Siti Nurhaliza memilih Khai Bahar sebagai rakan duet untuk single terbaharunya, Cinta Syurga.
Datuk Siti Nurhaliza memilih Khai Bahar sebagai rakan duet untuk single terbaharunya, Cinta Syurga.

KUALA LUMPUR – Bulan Ramadan yang memasuki hari kesembilan kini mula diserikan dengan  single terbaharu Datuk Siti Nurhaliza berjudul Cinta Syurga dengan berduet bersama Khai Bahar.

Menurut Siti, pemilihan penyanyi yang sedang popular dengan lagu Luluh itu adalah kerana jenis dan kualiti vokal yang dimiliki Khai, selain popularitinya sebagai penyanyi ketika ini.

“Saya pilih Khai kerana jenis dan kualiti vokalnya. Selain itu, kita turut menimbang faktor populariti dimiliki Khai selain kemampuannya mengalun zikir dengan baik,” katanya selepas majlis elancarkan butik kelapan Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut tentang single berkenaan, kata Siti, Cinta Syurga merupakan versi baharu single terdahulu, Comel Pipi Merah yang dibuat dalam bentuk zikir.

Malah sepanjang rakaman single ini, Siti dan Khai turut dibantu anggota kumpulan nasyid Unic, Bazli yang menjaga vokal dan bertindak sebagai penyanyi latar untuk lagu ini.

“Kita ubah liriknya untuk disesuaikan mengikut konsep zikir. Single ini akan mula dipromosikan sempena Ramadan ini,” kata Siti lagi.

Peminat boleh mendapatkan single terbarunya ini menerusi rangkaian platform digital. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast